Briged Izzuddin al-Qassam

Briged Izzuddin al-Qassam
كتائب الشهيد عز الدين القسام
Ditubuhkan pada1992 (umur 32–33)
Negara Negara Palestin
Kesetiaan Hamas
PangkalanGenting Gaza
Pemimpin
JurucakapAbu Ubaidah
PengasasSaleh al-Aruri
SekutuSekutu bukan negara:
LawanLawan negara:

Lawan bukan negara:

  • ISIS/fahaman Salafi

Briged Izzuddin Al-Qassam (Arab: كتائب الشهيد عز الدين القسام, lit.'Batalion Sang Syahid Izzuddin al-Qassam', kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan Palestin, Gerakan Perjuangan Islam (Hamas). Kini ia diketuai oleh Mohammed Deif dan timbalannya, Marwan Issa. Briged Al-Qassam hari ini ialah kumpulan bersenjata lengkap terbesar yang menjalankan operasi di wilayah Israel, Lubnan dan khususnya di Gaza.

Dibentuk pada1992, ia merupakan pada masa bagi menghalang rundingan Perjanjian Oslo. Antara 1994 hingga 2000, Briged Al-Qassam banyak mendakwa bertanggungjawab terhadap sejumlah serangan ke atas orang Israel.

Briged Al-Qassam telah tersenarai secara khusus sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Mesir, dan United Kingdom. Walaupun tidak menyebut Briged Al-Qassam, Amerika Syarikat dan Kanada menyenaraikan pertubuhan penaungnya, Hamas sebagai pertubuhan pengganas; pemimpin Briged Mohammed Deif juga disenarai sebagai Pengganas Global Tentuan Khas oleh Amerika Syarikat di bawah Perintah Eksekutif 13224. Memandangkan Briged ini menjalankan kegiatan ketenteraan bagi pihak Hamas, "aktiviti pengganas terancang yang dikaitkan dengan Hamas boleh dianggap dikaitkan dengan Briged."