BrahMos

BrahMos
BrahMos dipertontonkan di IMDS 2007
JenisPeluru berpandu krus
Peluru berpandu krus lancaran udara
Peluru berpandu anti kapal
Peluru berpandu serangan darat
Peluru berpandu permukaan ke permukaan
Tempat asalIndia / Rusia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatanNovember 2006
Digunakan olehTentera Darat India
Tentera Laut India
Tentera Udara India
Sejarah pengeluaran
PengeluarBrahMos Aerospace Limited
Kos unitAS$2.73 juta
AnekaLancaran kapal
Lancaran permukaan
Lancaran kapal selam
Lancaran udara
BrahMos-II
Spesifikasi
Berat3,000 kg (6,600 lb)
2,500 kg (5,500 lb) (lancaran udara)
Panjang8.4 m (28 ka)
Diameter0.6 m (2.0 ka)
Kepala peledak200 kg (440 lb) konvensional semi-perobek armor dan nuklear
300 kg (660 lb) (lancaran udara)

EnjinTahap pertama: roket bahan api pepejal pelonjak
Tahap kedua: ramjet bahan api cecair
Jarak
operasi
Platform permukaan/laut - 450 km (280 bt; 240 nmi) (asal/eksport) Akan ditingkatkan ke 600 km (370 bt; 320 nmi) Pelancar udara - 400 km (250 bt; 220 nmi)
Siling penerbangan14 km (46,000 ka)
Altitud penerbanganMendakap permukaan laut, serendah 3–4 meter
KelajuanMach 2.8–Mach 3 (3,400–3,700 km/j; 2,100–2,300 mph; 0.95–1.0 km/s)
Sistem
pemanduan
Panduan di tengah penerbangan oleh INS
Panduan terminal oleh panduan radar aktif
panduan satelit GPS/GLONASS/GAGAN
Ketepatan1 m kemungkinan kesilapan jejari
Platform
pelancaran
Kapal, kapal selam, pesawat udara (dalam ujian), dan pelancar mudah alih berpangkalan di daratan.

BrahMos (designasi PJ-10) adalah sebuah peluru berpandu krus supersonik ramjet jarak sederhana yang boleh dilancarkan daripada kapal selam, kapal, pesawat udara atau kenderaan darat. Ia merupakan peluru berpandu krus terpantas di dunia. Peluru berpandu ini dibangunkan secara bersama antara syarikat NPO Mashinostroyeniya dari Rusia dan Defence Research and Development Organisation (DRDO) dari India yang mana menubuhkan firma BrahMos Aerospace. Rekaannya berdasarkan peluru berpandu krus P-800 Oniks dan teknologi peluru berpandu mendakap permukaan laut yang serupa dari Rusia. Nama BrahMos merupakan sebuah portmanteau yang terhasil daripada nama dua buah sungai iaitu Brahmaputra di India dan Moskva di Rusia.

Pada masa ini BrahMos merupakan peluru berpandu krus terpantas yang berada dalam perkhidmatan. Peluru berpandu ini akan terbang pada kelajuan Mach 2.8 hingga 3.0, yang mana kini ditingkatkan sehingga ke Mach 5.0. Versi-versi lancaran darat dan kapal telah digunakan dalam perkhidmatan, manakala versi lancaran kapal selam kini memasuki fasa ujian. Sebuah versi lancaran udara muncul pada tahun 2012. Sebuah versi hipersonik, BrahMos-II, juga kini dalam fasa pembangunan dengan kelajuan Mach 7-8 untuk meningkatkan keupayaan serangan pantas. Ia dijangka akan sedia untuk diuji menjelang tahun 2020.

India mahukan BrahMos berdasarkan rekaan peluru berpandu krus jarak sederhana seperti P-700 Granit. Pendorongannya berasaskan peluru berpandu Rusia dan sistem panduan peluru berpandu telah dibangunkan oleh BrahMos Aerospace. Peluru berpandu ini dijangka akan mencapai jumlah pesanan berharga AS$13 bilion.

Pada tahun 2016, setelah India menjadi anggota dalam Rejim Kawalan Teknologi Peluru Berpandu (MTCR), India dan Rusia kini merancang untuk membangunkan secara bersama sebuah peluru berpandu Brahmos generasi baharu dengan jarak lehih daripada 600 km dan kebolehan untuk menghentam sasaran dilindungi dengan kejituan tinggi.