Tentera Darat India

Tentera Darat India
Lambang Indian Army
Ditubuhkan pada1 April 1895 (1895-04-01)
Negara India
JenisTentera darat
PerananPeperangan darat
Saiz1,237,117 anggota aktif
960,000 askar simpanan
209 pesawat
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera India
MarkasNew Delhi
Moto"Service Before Self"
WarnaEmas, merah dan hitam
            
PeringatanHari Tentera Darat: 15 Januari
Laman webindianarmy.nic.in
Komander
Pemerintah TertinggiPresiden Ram Nath Kovind
Panglima Angkatan TenteraJeneral Bipin Rawat
Ketua Turus Tentera IndiaJeneral Manoj Mukund Naravane
Naib Ketua Turus Tentera Darat (VCOAS)Leftenan Jeneral Satinder Kumar Saini
Komander
terkenal
Fil Marsyal K. M. Cariappa, OBE
Fil Marsyal Sam Manekshaw, MC
Jeneral K. S. Thimayya, DSO
Tanda kebesaran
Bendera
Pesawat udara
PenyerangHAL Rudra, HAL LCH
HelikopterHAL Dhruv, HAL Chetak, HAL Cheetah, Kamov Ka-226

Tentera Darat India (Hindi: Bhāratīya Thala Sēnā) adalah cabang peperangan darat dan merupakan komponen terbesar dalam Angkatan Tentera India. Presiden India ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata India, dan Tentera Darat diperintah oleh Ketua Turus Tentera Darat (COAS), yang berpangkat Jeneral empat bintang. Dua orang pegawai telah dianugerahkan pangkat Fil Marsyal, sejenis pangkat lima bintang, iaitu gelaran beristiadat yang tertinggi. Tentera Darat India berasal daripada tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris, yang kemudiannya menjadi Tentera India British, dan tentera negeri-negeri bangsawan, yang akhirnya menjadi tentera darat nasional selepas kemerdekaan. Unit-unit dan rejimen Tentera Darat India mempunyai sejarah yang pelbagai dan telah terlibat dalam beberapa pertempuran dan kempen di serata dunia, mendapat banyak penghormatan kancah perang sebelum dan selepas Kemerdekaan.

Misi utama Tentera Darat India ialah memastikan keselamatan negara dan perpaduan nasional, mempertahankan negara daripada pencerobohan luar dan ancaman dari dalam, dan mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam sempadannya. Ia menjalankan operasi menyelamat kemanusiaan semasa bencana alam dan gangguan lain, seperti Operasi Surya Hope, dan juga boleh diminta oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman dalaman. Ia merupakan komponen utama kuasa nasional bersama Tentera Laut India dan Tentera Udara India. Tentera Darat telah terlibat dalam empat peperangan dengan negara jiran Pakistan dan sekali dengan negara China. Operasi utama lain yang dilakukan oleh pihak tentera darat termasuklah: Operasi Vijay, Operasi Meghdoot dan Operasi Cactus. Selain daripada konflik, pihak tentera darat telah menjalankan eksesais besar masa aman seperti Operasi Brasstacks dan Eksesais Shoorveer, dan ia juga menjadi peserta aktif dalam banyak misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu seperti di: Cyprus, Lebanon, Congo, Angola, Kemboja, Vietnam, Namibia, El Salvador, Liberia, Mozambique, South Sudan dan Somalia.

Tentera Darat India menggunakan sistem rejimental, tetapi secara operasi dan secara geografi dibahagikan kepada tujuh markas pemerintahan, dengan formasi asas tempur adalah divisyen. Ia adalah pasukan sukarelawan dan terdiri daripada 80% anggota tentera aktif. Ia merupakan tentera darat tetap ke-2 terbesar di dunia, dengan 1,237,117 askar aktif dan 960,000 askar simpanan. Pihak Tentera Darat telah memulakan program pemodenan infantri yang dikenali sebagai Futuristic Infantry Soldier As a System (F-INSAS), dan juga menaik taraf dan memperoleh aset-aset baru bagi cawangan udara, armor, dan artileri.