P-800 Oniks

Peluru berpandu Yakhont/Onyx
JenisPeluru berpandu krus
Peluru berpandu krus lancaran udara
Peluru berpandu krus lancaran kapal selam
Peluru berpandu anti kapal
Peluru berpandu permukaan ke permukaan
Peluru berpandu serangan darat
Tempat asalSoviet Union / Rusia
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2002–kini
Digunakan olehLihat Pengguna
PerangPerang Saudara Syria
Sejarah pengeluaran
PengeluarNPO Mashinostroyeniya
Dihasilkan1987–kini
Spesifikasi
Berat3,000 kg (6,614 lb)
Panjang8.9 m (29.2 kaki)
Diameter0.7 m (2.3 kaki)
Kepala peledakVersi Rusia 300 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor, thermonuclear; untuk eksport 200 kg letupan kuat (HE) semi-perobek armor
Mekanisma
letupan
Fius tertunda

EnjinRamjet
4 tan kuasa tujahan
Lebar sayap1.7 m (5.6 kaki)
BebalingBahan api cecair kerosin
Jarak
operasi
600 km (370 bt; 320 nmi) (versi Oniks untuk Rusia)
120 hingga 300 km (75 hingga 186 bt; 65 hingga 162 nmi) bergantung pada altitud (versi eksport Yakhont)
Siling penerbangan14,000 m
Altitud penerbangan10 meter atau lebih
KelajuanMach 2-3
Sistem
pemanduan
panduan inersia, kepala penjejak panduan radar aktif-radar pasif semasa penerbangan
Ketepatan1.5 m
Platform
pelancaran
Pemasangan pantai, kapal laut, pesawat kepak kaku

P-800 Oniks (Rusia: П-800 Оникс; bahasa Inggeris: Onyx), juga dikenali dalam pasaran eksport sebagai Yakhont (Rusia: Яхонт; bahasa Inggeris: ruby), adalah sebuah peluru berpandu krus anti kapal supersonik dari Soviet / Rusia yang dibangunkan oleh NPO Mashinostroyeniya sebagai sebuah versi ramjet terbitan P-80 Zubr. Designasi GRAU adalah 3M55, versi lancaran udara Kh-61 juga wujud. Nama pengenalan NATO rasmi bagi peluru berpandu ini adalah SS-N-26 "Strobile". Pembangunan rasminya bermula pada tahun 1983, dan pada tahun 1990an peluru berpandu anti kapal ini telah diuji pada kapal Projek 1234.7. Pada tahun 2002, peluru berpandu ini lulus kesemua ujian dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan. Walaupun ia bertujuan untuk mengantikan peluru berpandu P-270 Moskit, terdapat kemungkinan ia juga akan mengantikan peluru berpandu P-700 Granit. P-800 telah diguanakan sebagai asas untuk pembangunan bersama peluru berpandu supersonik BrahMos oleh Rusia/India.