Boeing 787

Boeing 787 Dreamliner
Boeing 787 Royal Brunei Airlines pertama
Peranan Jet penumpang badan lebar
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama 15 Disember 2009
Diperkenalkan 26 Oktober 2011, dengan All Nippon Airways
Status Dikandaskan melepas sementara
Syarikat penerbangan utama All Nippon Airways
Japan Airlines
United Airlines
Air India
Dikeluarkan 2007–sekarang
Jumlah dibina 49 (Disember 2012)
Kos program AS$32 bilion (perbelanjaan Boeing)
Kos unit 787-8: AS$206.8 juta (2012)
787-9: US$243.6 juta (2012)

Boeing 787 Dreamliner adalah sebuah pesawat jet enjin kembar, berbadan lebar bersaiz sederhana yang telah dibangunkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Mengikut kelainan, kapal terbang ini boleh membawa 210 ke 290 orang penumpang. Boeing menyatakan bahawa pesawat ini merupakan produknya yang paling cekap, dan pesawat pertama di dunia menggunakan bahan komposit bagi sebahagian besar pembinaannya. 787 berkongsi kadaran jenis sama dengan jet kembar 777 yang lebih besar, membolehkan juruterbang yang layak mengendalikan kedua-dua model, disebabkan ciri reka bentuk yang berkait.

Awalnya diberikan kod 7E7, ia diberi nama pada Januari 2005. Dijadualkan memasuki perkhidmatan pada Mei 2008, penghasilan telah tertunda beberapa kali, dan pada Ogos 2009, tarikh perkhidmatan pertama dilewatkan kepada suku keempat 2010. 787 pertama diperlihatkan dalam satu upacara pada 8 Julai 2007, di kilang pemasangan Everett Boeing, pada ketika itu ia telah menerima 677 tempahan. Penerbangan sulung pesawat ini, asalnya dirancang untuk September 2007, berjalan pada 15 Disember 2009. Pensijilan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan European Aviation Safety Agency (EASA) diterima pada akhir Ogos 2011 dan model pertama dihantar pada akhir September 2011. Ia memulakan perkhidmatan komersil pada 26 Oktober 2011. kerajaan Malaysia mengarahkan sebuah Boeing 787 untuk dikendalikan oleh Malaysia Airlines hasil pembelian Boeing 787 daripada dana pelabur asing untuk kepentingan peribadi, kes pembelian Boeing 787 tiada hukuman daripada suspek kerajaan Malaysia terbabit