All Nippon Airways

All Nippon Airways
全日本空輸
Zen Nippon Kūyu
IATA ICAO Pengenal
NH ANA ALL NIPPON
Ditubuhkan27 Disember 1952 (1952-12-27)
(sebagai Japan Helicopter and Aeroplane)
Hab
Hab kedua
Bandar tumpuan
Program kesetiaanANA Mileage Club
PerikatanStar Alliance
Subsidiari
  • ANA Wings
  • Penerbangan Peach
  • Pan Am International Flight Academy
  • Air Nippon
  • Air Japan
  • Air Next
  • Air Central
  • ANA & JP Express
Pesawat212
207 (+117 tempahan, +10 pilihan)
Destinasi104
Syarikat indukANA Holdings Inc.
Diniagakan sebagai
Ibu pejabatShiodome City Center
Minato, Tokyo, Jepun
Orang pentingMineo Yamamoto (CEO), Yoji Ohashi (Chairman),
  • Shinya Katanozaka
    (Ketua Pengerusi)
  • Yuji Hirako
    (Naib Pengerusi)
  • Koji Shibata
    (President & CEO)
Pendapatan ¥1.974 trilion (2019)
Pendapatan operasi ¥60.8 bilion (2019)
Pendapatan bersih ¥27.7 bilion (2019)
Jumlah aset ¥2.560 trilion (2019)
Jumlah ekuiti ¥1.061 trilion (2019)
Pekerja 42,196 (2022)
Laman webwww.ana.co.jp/en/jp/
www.ana.co.jp/ja/jp/

All Nippon Airways Co., Ltd. (全日本空輸株式会社, Zen Nihon Kūyu Kabushiki-gaisha, TYO: 9202 , LSE: ANA), juga dikenali sebagai Zennikkū (全日空) atau ANA, (Bahasa Melayu; syarikat Penerbangan All Nippon (seluruh Jepun)) ialah syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Pusat Bandar Shiodome di kawasan Shiodome di Minato, Tokyo, Jepun . Ia mengendalikan perkhidmatan ke destinasi domestik dan antarabangsa dan mempunyai lebih daripada 20,000 pekerja setakat Mac 2016.

Hab antarabangsa utama ANA terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di luar Tokyo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka. Hab domestik utamanya pula terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair (berdekatan Nagoya), dan Lapangan Terbang Chitose Baru (berdekatan Sapporo).

Sebagai tambahan kepada operasi talian utamanya, ANA mengawal beberapa syarikat penerbangan penumpang subsidiari, termasuk anaka syarikat yang terdiri dari ANA Wings, Air Nippon, Air Do (sebuah syarikat penerbangan tambang rendah, yang mengoperasikan perkhidmatan berjadual antara Tokyo dan beberapa bandar di Hokkaido), dan Allex Cargo (ANA Cargo - bahagian pengangkut barang yang dikendalikan oleh Air Japan). ANA juga merupakan pemegang saham terbesar dalam Peach, syarikat penerbangan tambang rendah usaha sama dengan syarikat Hong Kong First Eastern Investment Group. Pada Oktober 1999, syarikat penerbangan itu menjadi ahli Star Alliance. Pada 29 Mac 2013, ANA dinamakan Syarikat Penerbangan 5 Bintang oleh Skytrax. Pada 27 April 2018, ANA mengumumkan ANA Business Jet Co., Ltd., usaha sama dengan Sojitz untuk menawarkan penerbangan sewa jet peribadi.