Syarikat Penerbangan Diraja Brunei
| |||||||
| Ditubuhkan | 18 November 1974 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bermula operasi | 14 Mei 1975 | ||||||
| Hab | |||||||
| Program kesetiaan | Royal Skies | ||||||
| Subsidiari | RB Link | ||||||
| Pesawat | 14 (Jumlah Keseluruhan Armada) | ||||||
| Destinasi | 44 (Jumlah Keseluruhan Destinasi) 25 (Tidak Termasuk Destinasi Yang Ditamatkan) | ||||||
| Syarikat induk | Kerajaan Brunei Darussalam | ||||||
| Ibu pejabat | Bandar Seri Begawan, Brunei | ||||||
| Orang penting |
| ||||||
| Laman web | www | ||||||
Penerbangan DiRaja Brunei ataupun Royal Brunei Airlines (Melayu: Penerbangan DiRaja Brunei, Jawi: ڤنربڠن دراج بروني) ialah Syarikat Penerbangan rasmi bagi Negara Brunei Darussalam, beribu pejabat di Kampus RB di Bandar Seri Begawan. Ia dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah Brunei. Pusatnya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas, di sebelah utara Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.
Dibentuk pada tahun 1974 dengan awal sebanyak dua armada siri Boeing 737-200, yang melayani Singapura, Hong Kong, Kota Kinabalu dan Kuching, Royal Brunei Airlines kini beroperasi ke 32 destinasi di Asia Tenggara, Timur Tengah (Asia Barat), Eropah, dan Australia. Jumlah armada dan jenisnya meningkat secara mendadak pada tahun 1990-an.