Bocey

Bocey
Juga dikenali
sebagai
Bocik (2012โ€“2014)
Bocey (2013โ€“2020)
Bocey Comeback (2024-kini (Showcast)
AsalMalaysia
GenreKomedi, sketsa
Tahun aktif2012โ€“2020, 2024-Kini
Anggota semasa
Bekas anggotaAbam
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Bocey ialah kumpulan pelawak dan sketsa Malaysia yang ditubuhkan pada 2012, dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad. Kumpulan ini meraih kemasyhuran apabila menjadi salah satu kumpulan pelawak yang bertanding di rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Bocey melancarkan album studio pertama mereka, Perjalanan pada 12 Januari 2015.

Pada 30 April 2016, Bocey telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016.

Ahli kumpulan ini, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Achey dan Fad memberikan respons bahawa mereka akan meneruskan legasi Bocey sekalipun tanpa Abam.

Kumpulan Bocey merupakan kumpulan pelawak pertama yang memenangi Maharaja Lawak Mega sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu pada Maharaja Lawak Mega 2016 dan Maharaja Lawak Mega 2017