Achey Bocey
Achey Bocey | |
|---|---|
| Kelahiran | Mohd Nasir bin Hamzah 17 Ogos 1986 |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara |
| Tahun aktif | 2012–kini |
| Pasangan | Nur Hassanah "Anne" Yahya |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu | Ngaisah binti Hassan |
| Bapa | Hamzah bin Salam |
| Keluarga | Natasha Hamzah (adik) |
| Kerjaya lawak | |
| Media | Televisyen, filem |
| Genre | Komedi, sketsa |
Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama pada tahun 2013 terbitan TV3. Sebelum menganggotai kumpulan lawak popular Bocey bersama Abam dan Fad. Achey pernah menyertai pelbagai program hiburan seperti Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan Juara Parodi, serta aktif sebagai penyanyi menerusi lagu Yang Terindah dan Sakit. Di samping itu, beliau turut aktif di platform digital seperti TikTok sebagai salah satu medium mempromosi dan penjenamaan kerjaya seninya. Achey juga dikenali sebagai usahawan dan sering terlibat dalam kerja-kerja kebajikan.