Black (penyanyi)

Black
Black mengadakan persembahan di konsert Twisties Bingit 2010.
Kelahiran
Hanifah bin Muhammad Hanafiah

(1987-12-21) 21 Disember 1987
Nama lainBlack Hanifah
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNaquia Yasirah (k. 2013)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreHard rock, rock alternatif, balada
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanMeet Uncle Hussain, Malique, Noraniza Idris, Syamsul Yusof

Hanifah Muhammad Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black (lahir 21 Disember 1987) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Sebelum menyertai rancangan Mentor, beliau pernah menghasilkan album single "Aku Rindu Sayang Kamu". Black turut memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Hensem ABPBH 2009. Beliau kemudiannya menyertai Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) sebagai Taja. Pada tahun 2013, beliau telah menukar nama pentasnya kepada Black Hanafiah. Beliau juga pernah memasuki rancangan "Oops Terkena!" pada tahun 2020, dimana beliau mengganas ketika dikenakan prank.