Björn Kuipers
|
Kuipers semasa perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Krestovsky, Saiint Petersburg | |||
| Tarikh lahir |
28 Mac 1973 Oldenzaal, Belanda | ||
|---|---|---|---|
| Pekerjaan lain | Pemilik pusat beli-belah, peniaga | ||
| Dalam Negeri | |||
| Tahun | Liga | Peranan | |
| 2002–2021 | Eerste Divisie | Pengadil | |
| 2005–2021 | Eredivisie | Pembantu pengadil | |
| Antarabangsa | |||
| Tahun | Liga | Peranan | |
| 2006–2021 | Menyenarai FIFA | Pengadil | |
| 2009–2021 | UEFA | Pembantu pengadil | |
Björn Kuipers (Sebutan Belanda: [ˈbjʏrəŋ ˈkœypərs; ˈbjʏrn -]; lahir 28 Mac 1973) ialah seorang pengadil bola sepak Belanda yang telah bersara. Dia telah menjadi pengadil tersenarai FIFA dari 2006 hingga 2021 dan pengadil konfederasiUEFA sejak 2009 sehingga 2021. Sander van Roekel dan Erwin Zeinstra ialah pembantu pengadilnya semasa mengawasi perlawanan antarabangsa. Di luar perlawanan padang, Björn bekerja sebagai peniaga besar dan memiliki sebuah pusat beli-belah di Belanda. Di dalam perlawanan padang, rekod kerjayanya ialah mengawasi dua Piala Dunia FIFA dan tiga kejohanan utama UEFA. Pada tarikh 29 Julai 2021, Björn mengatakan bahawa ia akan bersara sebagai pengadil dan fokus pada perniagaannya. Pengawasan terakhirnya ialah semasa permainan antara Ajax dan PSV pada 7 Ogos dalam Perisai Johan Cruyff 2021.