Bintang RTM 2009

Bintang RTM 2009
GenrePertandingan nyanyian
Rancangan televisyen realiti
Televisyen interaktif
PengacaraIzwan Pilus
Alisya
DJ Muaz
Lagu pembukaanBintang-Bintang Gemerlapan
Negara asal Malaysia
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitAzman Hashim
LokasiPelbagai (Ujibakat)
Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur (Suku Akhir & Separuh Akhir)
Stadium Negara, Kuala Lumpur (Pertandingan Akhir)
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal05 April 2009 – 05 Julai 2009
Kronologi
Diikuti olehBintang RTM 2012
Rancangan berkaitan
Bintang RTM

Bintang RTM 2009 merupakan kesinambungan daripada pertandingan sebelumnya dan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Rancangan ini disiarkan di TV2 bermula pada 5 April 2009 dan berakhir pada 5 Julai 2009. Walaupun formatnya berubah dari segi pemarkahan, tetapi pertandingan ini masih mengekalkan juri profesional atau bebas untuk menilai persembahan para peserta.

Lokasi uji bakat telah diadakan di beberapa tempat seperti di RTM Kuching, RTM Miri, RTM Labuan, RTM Kota Kinabalu, RTM Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor Bahru, Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berakhir di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pada peringkat akhir pertandingan ini, Nur Ernie Shahirah binti Zakri (lebih dikenali sebagai Ernie) telah diumumkan sebagai Juara Bintang RTM 2009.