Bertrand Russell
Bertrand Russell | |
|---|---|
| Warganegara | British |
| Pekerjaan | Ahli Falsafah |
| Terkenal kerana | Sumbangan kepada bidang Falsafah dan Pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan |
| Tandatangan | |
Bertrand Arthur William Russell, 3rd Earl Russell, (18 Mei 1872 – 2 Februari 1970) ialah seorang ahli falsafah, logik matematik, matematik, sejarah dan pengkritik sosial British. Dalam beberapa detik kehidupannya, beliau menganggap dirinya sebagai seorang liberal, sosialis, dan pencinta damai. Beliau dilahirkan di Monmouthshire, ke dalam keluarga bangsawan Britain.
Russell mengetuai "revolusi British terhadap idealisme" pada wal abad ke-20. Beliau dianggap seorang daripada pengasas falsafah analitik bersama-sama pendahulunya, Gottlob Frege dan anak didiknya Ludwig Wittgenstein. Beliau juga dianggap sebagai ahli logik terunggul abad ke-20. Bersama-sama A. N. Whitehead, beliau menghasilkan Principia Mathematica, satu percubaan untuk meletakkan logik sebagai asas matematik. Esei falsafahnya On Denoting dianggap sebuah "paradigma falsafah." Karyanya mempengaruhi logic, matematik, teori set, linguistik, sains komputer, dan falsafah, khususnya falsafah bahasa, epistemologi, dan metafizik.
Russell seorang aktivis anti-perang dan anti-imperialisme, dan dipenjarakan kerana kempen anti-perangnya semasa Perang Dunia Pertama. Kemudian, beliau berkempen menentang Adolf Hitler, mengkritik sistem totalitarian Stalin, menyerang penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, dan menyokong kuat pergerakan pelucutan senjata nuklear. Dalam tahun 1950 Russell dikurniakan hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan sebagai "pengiktirafan penulisan yang pelbagai dan bernilai yang memperjuangkan cita-cita kemasnusiaan dan kebebasan fikiran]]"