Bermulanya Satu Evolusi

Bermulanya Satu Evolusi
Album studio oleh
Dilancarkan pada2004
GenrePop rock
SyarikatSuria Records (SRC)
Kronologi New Boyz
The Best of New Boyz
(2003)
Bermulanya Satu Evolusi
(2004)
Semula Padaku
(2007)
sunting · sunting di Wikidata


Bermulanya Satu Evolusi merupakan album studio kelima yang dihasilkan oleh kumpulan New Boyz pada tahun 2004 di bawah label Suria Records (SRC). Album ini memperkenalkan dua orang anggota baharu New Boyz iaitu Ridza Faitullah (Rizz) sebagai pemain gitar dan Wan Muzaffar (Ristoe) sebagai pemain dram. Ini disebabkan tiga anggota asalnya iaitu Lan (gitar kedua), Jay (gitar utama) dan Along (dram) menarik diri dari kumpulan tersebut, meninggalkan Tomok dan Zack sebagai anggota yang kekal.