Wan Muzaffar

Wan Muzaffar
Juga dikenali
sebagai
Ristoe
Kelahiran (1982-08-03) 3 Ogos 1982
Kuala Lumpur
GenrePop rock, Balada
Alat muzikDram
Tahun aktif2004
Kegiatan berkaitanNew Boyz
sunting · sunting di Wikidata

Wan Muzaffar atau Ristoe (lahir 3 Ogos 1982) merupakan pemain dram kumpulan New Boyz yang kedua selepas Along. Selain New Boyz, Ristoe merupakan pemain dram untuk kumpulan Servent Jamm (1997-kini), Love Machine (2006), Bau (live stage performance 2007), Abstrak Hingga Ke Bulan (2008), Stellar (2009-kini) dan banyak lagi. Ristoe juga mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tahun 2020 (graduasi November 2023).

Selain itu, Ristoe juga pernah mengajar muzik secara profesional di beberapa sekolah muzik swasta antaranya di Klang Music Center, Tarega Music Shah Alam & Klang, Tohkemy Music Academy Klang, Mahogany Music Shah Alam & beberapa lagi sekolah muzik di sekitar Bangsar, Seri Petaling dan Ampang.

Pada tahun 2007 hingga pertengahan 2009, Ristoe aktif dalam menguruskan "event company" yang ditubuhkan & aktif mengadakan persembahan dari tahun 2001 di samping menguruskan segala hal berkaitan pengurusan muzik live di sekitar Kuala Lumpur atas nama Seattlewangsa Music Scene. Selepas itu beliau banyak menguruskan hal berkaitan audio untuk persembahan live, majlis-majlis korporat & sessionist untuk rakaman studio.

Tahun 2009-2012 Wan Muzaffar @ Ristoe aktif menjalankan tugas-tugas audio dan menjalankan projek album terbarunya bersama band BANDBiN.

2009-2020 adalah tahun di mana beliau aktif dalam kerja-kerja sistem audio di Janda Baik. Manakala pada tahun 2020 mulanya karier beliau di HRDCorp yang bertanggungjawab dalam hal-hal melibatkan acara dalaman di Wisma HRDCorp di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

2023-2024 adalah tahun beliau aktif mengadakan konsert bersama New Boyz dengan bermula pada Februari 2023 Konsert New Boyz Reunion di PJPAC Bandar Utama, pada tahun yang sama bulan September di The Star Theater Singapura. Tahun seterusnya Julai 2024 Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang di Plenary Hall KLCC dan pada Oktober 2024 di The Star Theater Singapura untuk Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang ‘Live In Singapore’ sebelum berehat dan menumpukan dalam kerjaya masing-masing.