Berlari Ke Langit

Berlari Ke Langit
Poster keluaran tayangan
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisBade Hj. Azmi
Lakon layarBade Hj. Azmi
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Azla Kamaruddin
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
24 Jun 2004 (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.3 juta
Pecah panggungRM 500,000

Berlari Ke Langit ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2004 arahan dan skrip oleh Bade Hj. Azmi. Ia mengisahkan tentang Indra, seorang nelayan dan satu-satunya mangsa yang terselamat setelah kehilangan kawan rapatnya dalam kejadian ribut petir ketika dia berada di laut. Selepas sembilan bulan bertahan di sebuah pulau, dia tiba di kampungnya dan berasa terkilan apabila mengetahui kekasihnya bakal berkahwin dengan seorang lelaki lain. Dibintangi oleh Rosyam Nor, Fasha Sandha, Hasnul Rahmat dan Siti Elizad, filem ini ditayangkan pada 24 Jun 2004 dan menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik, yang rata-ratanya memuji ceritanya yang digarap dalam genre melodrama romantis berjaya memenuhi elemen komersial.