Kranberi

Kranberi
Semak kranberi berbuah
separa tenggelam
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterid
Order:
Ericale
Keluarga:
Ericaceae
Genus:
Vaccinium
Subgenus:
Oxycoccus
Spesies

Vaccinium erythrocarpum
Vaccinium macrocarpon
Vaccinium microcarpum
Vaccinium oxycoccos

Kranberi adalah kumpulan tumbuhan renek kerdil malar hijau yang menjalar dalam subgenus Oxycoccus genus Vaccinium didapati dalam rawa (tanah bencah) berasid di serata kawasan beriklim sejuk Hemisfera Utara. Jenis beriini pula lebih diperincikan mengikut kawasan: "kranberi" di Britain dikaitkan dengan spesies Vaccinium oxycoccos yang ditanam di Eropah Tengah dan Utara manakala "kranberi" di Amerika Utara pula mungkin merujuk kepada spesies Vaccinium macrocarpon yang ditanam di seluruh utara Amerika Syarikat, Kanada dan Chile. Dalam beberapa kaedah pengelasan, Oxycoccus dianggap sebagai sebuah genus yang tersendiri.

Buah dihasilkan pokok ini dimanfaatkan di Amerika Utara menjadi pelbagai produk seperti jus, sos, jem, dan buah kering, dengan baki selebihnya dijual segar kepada pengguna. Sos kranberi merupakan kuah sampingan kepada hidangan ayam belanda panggang yang secara tradisinya dimakan pada malam Krismas di United Kingdom dan Amerika Syarikat serta majlis makan malam sewaktu Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada.

Nama asal pokok ini dalam bahasa Inggeris yang diserap iaitu cranberry dinamakan oleh para peneroka awal Eropah di benua Amerika berdasarkan pemerhatian tangkai dan kelopak bunga pokok ini menyerupai leher, kepala, dan paruh burung jenjang (crane).