Benzoil peroksida

Benzoil peroksida
Data klinikal
Nama dagangBenzac, Panoxyl, lain-lain
Nama lainbenzoperoksida, dibenzoil peroksida (DBPO)
AHFS/Drugs.comProfessional Drug Facts
MedlinePlusa601026
Data lesen
Kaedah
pemberian
Topical
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • AS: OTC / Rx sahaja
Pengecam
  • benzoik peroksianhidrida
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.002.116
Data kimia dan fizikal
FormulaC14H10O4
Jisim molar242.23 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
Ketumpatan1.334 g/cm3
Takat lebur103 hingga 105 °C (217 hingga 221 °F) terurai
Keterlarutan dalam airlemah mg/mL (20 °C)
  • c1ccc(cc1)C(=O)OOC(=O)c2ccccc2
  • InChI=1S/C14H10O4/c15-13(11-7-3-1-4-8-11)17-18-14(16)12-9-5-2-6-10-12/h1-10H Y
  • Key:OMPJBNCRMGITSC-UHFFFAOYSA-N

Benzoil peroksida ialah sebatian kimia (secara khususnya, peroksida organik) dengan rumus struktur (C6H5−C(=O)O−)2 yang sering kali disingkatkan sebagai (BzO)2. Dari segi strukturnya, molekul boleh diterangkan sebagai dua kumpulan benzoil (C6H5−C(=O)−, Bz) yang dihubungkan oleh peroksida (−O−O−). Ia merupakan pepejal berbutir putih dengan bau samar benzaldehid, kurang larut dalam air tetapi larut dalam aseton, etanol dan banyak pelarut organik yang lain. Benzoil peroksida merupakan pengoksida, di mana ia sering kali digunakan dalam penghasilan polimer.

Sebagai peluntur, benzoil peroksida telah digunakan dalam ubat-ubatan dan bahan penyahjangkit air. Dalam konteks khusus, nama itu boleh disingkatkan sebagai BPO.

Dalam pengubatan, benzoil peroksida kebanyakkannya digunakan untuk merawat jerawat batu, sama ada secara bersendirian atau kombinasi dengan rawatan lain. Sesetnagh versi dijual bercampur dengan antibiotik seperti klindamisin. Ia terdapat dalam Senarai Ubat Penting WHO, dan di Amerika Syarikat, ia tersedia sebagai ubat bebas dan generik. Ia juga digunakan dalam bidang pergigian untuk pemutihan gigi.