Ben 10

Ben 10
Logo rancangan Ben 10
FormatAnimasi / Aksi
PenciptaDuncan Rouleau
Joe Casey
Joe Kelly
Steven T. Seagle
Pelakon suara
Tara Strong
Dee Bradley Baker
Fred Tatasciore
Jim Ward
Meagan Smith
Paul Eiding
Richard McGonagle
Richard Steven Horvitz
Steven Jay Blum
Penggubah lagu tema
Andy Sturmer
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim4
Bilangan episod49
Penerbitan
Penerbit eksekutifSam Register
Mark Burton
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Cartoon Network Studios
Syarikat pengedaran
Warner Bros. Village Roadshow Pictures
Penyiaran
Saluran asalCartoon Network
Siaran asalAmerika Syarikat : 27 Disember 2005

Malaysia : 4 Disember 2006 – Amerika Syarikat : 15 April 2008

Malaysia : 9 Jun 2008
Kronologi
Diikuti olehBen 10: Alien Force
Pautan luar
Laman sesawang

Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Case

y, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios. Rancangan ini telah ditayangkan pada 27 Disember 2005 di Cartoon Network di Amerika Syarikat. Di Malaysia, siri ini telah ditayangkan pada 4 Disember 2006 di Cartoon Network Asia di Astro saluran 62 (sekarang Saluran 616). Kemudian, TV3 disiarkan pada 2008.

Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.