Majlis Kesatuan Eropah
| Majlis Kesatuan Eropah مجليس كساتوان ايروڤه | |
|---|---|
| Sejarah | |
| Diasaskan | 1 Julai 1967 |
Didahului oleh |
|
| Kepimpinan | |
Kepresidenan | |
Setiausaha Agung | Jeppe Tranholm-Mikkelsen sejak 1 Julai 2015 |
Wakil Tinggi Kesatuan untuk Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan | Josep Borrell sejak 1 Disember 2019 |
| Struktur | |
| Ahli | 27 (1 bagi setiap negara anggota) |
| Jawatankuasa | 10 konfigurasi |
| Moto | |
| Bersatu dalam kepelbagaian | |
| Tempat persidangan | |
| Bangunan Europa, Brussel, Belgium | |
| Laman sesawang | |
| www | |
| Perlembagaan | |
| Perjanjian Kesatuan Eropah | |
| sunting | |
Majlis Kesatuan Eropah, juga boleh dirujuk di dalam perjanjian dan dokumen rasmi sebagai Majlis, dan secara tidak rasminya dikenali sebagai Majlis Menteri-menteri, merupakan salah satu daripada tujuh institusi Kesatuan Eropah (EU) seperti yang disenaraikan di dalam Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah.
Badan ini juga merupakan salah satu daripada tiga badan undangan dan bersama-sama dengan Parlimen Eropah berkhidmat untuk meminda dan meluluskan usul Suruhanjaya Eropah yang memegang inisiatif perundangan.
Majlis Kesatuan Eropah dan Dewan Eropah ialah institusi Kesatuan Eropah yang secara jelas mempunyai hubungan antara kerajaan/pemerintah, di mana dua badan tersebut ialah forum bagi para hadirin menyatakan dan mewakili kedudukan eksekutif negara-negara anggota mereka, baik sebagai duta besar, menteri, ketua negara atau ketua kerajaan/pemerintah.