Bekaba (album)
| Bekaba | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 23 Ogos 1999 | |||
| Dirakamkan pada | Februari - Julai 1999 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Studio | Pro Recording Studio | |||
| Genre | ||||
| Panjang | 57:44 | |||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Syarikat | Suria Records | |||
| Penerbit |
| |||
| Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
| Single daripada Bekaba | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Bekaba ialah album studio kesembilan oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 23 Ogos 1999, oleh Suria Records, tujuh bulan selepas keluaran album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza iaitu Seri Balas (1999).
Bekaba mempertaruhkan single Tinting sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.