Bebola ikan

Bebola ikan
Makanan laut terproses, termasuk (dari kiri) bebola ikan, bebola sotong, bebola udang dan jejari ketam
Tulisan Cina Tradisional魚丸
Tulisan Cina Ringkas鱼丸
Maksud harfiahbebola ikan
Alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional魚蛋 or 魚旦
Tulisan Cina Ringkas鱼蛋 or 鱼旦
Maksud harfiahtelur ikan

Bebola ikan ialah bebola yang diperbuat daripada pes ikan yang kemudiannya direbus atau digoreng dalam. Serupa dari segi komposisi dengan kek ikan, bebola ikan sering dibuat daripada cincangan ikan atau surimi, garam, dan pengikat makanan seperti tepung ubi kayu, tepung jagung atau tepung kentang.

Bebola ikan popular di Asia Timur dan Tenggara,Eropah (terutamanya Eropah Utara), dan beberapa negara pesisir Afrika Barat. Di Asia, ia dimakan sebagai snek atau ditambah ke dalam sup atau hidangan steamboat. Ia lazimnya dikaitkan dengan masakan Cina dan industri bebola ikan banyak dikendalikan oleh orang keturunan Cina. Versi Eropah cenderung kurang diproses, kadang kala menggunakan susu atau kentang sebagai bahan pengikat. Negara Nordik seperti Norway, Denmark dan Sweden mempunyai variasi mereka sendiri.