Beagle

Beagle
Beagle triwarna
Nama lainBeagle Inggeris
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 22–25 lb (10.0–11.3 kg)
Betina 20–23 lb (9.1–10.4 kg)
Tinggi 13–16 in (33–41 cm)
Bulu Lapis bulu keras sederhana panjang yang berbulu pendek
Warna Triwarna atau putih dalam gabungan dengan hitam dan sawo matang/perang atau perang/sawo matang atau kuning/putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Beagle ialah satu baka anjing pemburu bau kecil yang berpenampilan serupa dengan anjing pemburu rubah yang jauh lebih besar. Beagle dikembangkan terutamanya untuk pemburuan arnab atau kelinci yang dikenali sebagai beagling. Dengan deria bau yang hebat dan naluri penjejakan yang tinggi, beagle ialah baka utama yang digunakan sebagai anjing penghidu untuk import pertanian dan barang makanan terlarang dalam urusan kuarantin di seluruh dunia. Beagle merupakan anjing peliharaan popular kerana saiznya and perangai ramahnya.

Baka moden dikembangkan di Great Britain pada sekitar tahun 1830-an daripada beberapa baka, termasuk anjing pemburu Talbot, beagle desa utara, anjing pemburu selatan, dan mungkin juga harrier. Beagle telah digambarkan dalam kebudayaan popular sejak Era Elizabeth dalam kesusasteraan dan lukisan dan lebih terkini dalam filem, di televisyen, dan dalam buku komik.