Barry Bonds

Barry Bonds
Bonds bersama pasukan Giants pada 1993.
Pemadang kiri
Dilahirkan: (1964-07-24) 24 Julai 1964
Riverside, California, A.S.
Pukulan: Kiri Balingan: Kiri
MLB debut
30 Mei, 1986, untuk Pittsburgh Pirates
Penampilan MLB terakhir
26 September, 2007, untuk San Francisco Giants
Statistik MLB
Batting average.298
Hits2,935
Home run762
Runs batted in1,996
Stolen base514
Bases on balls2,558
Pasukan
Pemain
Jurulatih
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Rekod MLB

  • 762 karier home run
  • 73 home run dalam satu musim
  • 2,558 karier bases on balls
  • 232 bases on balls dalam satu musim
  • .609 on-base percentage dalam satu musim

Barry Lamar Bonds (lahir 24 Julai 1964) ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang bermain sebagai pemadang kiri selama 22 musim dalam Major League Baseball (MLB). Bonds bermain untuk pasukan Pittsburgh Pirates dari tahun 1986 hingga 1992 dan San Francisco Giants dari tahun 1993 hingga 2007. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain besbol terbaik sepanjang masa.

Sebagai seorang pemain serba boleh, Bonds menerima tujuh Anugerah Pemain Terbaik (MVP) National League (NL) yang menjadi rekod baharu dan meraih 12 Anugerah Silver Slugger, serta 14 kali terpilih sebagai Pemain Pilihan All-Star. Beliau memegang banyak rekod memukul dalam MLB, termasuk jumlah home run paling banyak sepanjang karier (762), home run terbanyak dalam satu musim (73 pada tahun 2001), serta rekod walks dan intentional walks terbanyak dalam karier, musim dan perlawanan berturut-turut. Bonds juga mendahului rekod MLB dalam jumlah on-base plus slugging sebanyak enam kali dan berada dalam kelompok lima teratas sebagai pemukul terbaik dalam 12 daripada 17 musim beliau layak. Bagi permainan pertahanannya di lapangan luar atau outfielder, beliau telah memenangi lapan Anugerah Gold Glove. Bonds juga mempunyai 514 stolen base, menjadi pemain MLB pertama dan satu-satunya sehingga kini yang mempunyai sekurang-kurangnya 500 home run dan 500 stolen base. Bonds di tempat pertama dalam jumlah Wins Above Replacement (WAR) untuk semua pemain posisi di liga besar mengikut Baseball Reference dan menjadi pemain kedua jika mengikut FanGraphs, di belakang Babe Ruth.

Walaupun pencapaiannya hebat, karier Bonds penuh kontroversi, terutama sebagai figura utama dalam skandal steroid besbol. Beliau didakwa pada tahun 2007 atas tuduhan sumpah palsu dan menghalang keadilan kerana didakwa memberi keterangan palsu kepada juri besar semasa siasatan kerajaan terhadap BALCO, pengeluar steroid yang sukar dikesan. Selepas tuduhan sumpah palsu dibatalkan, Bonds disabitkan dengan menghalang keadilan pada tahun 2011, tetapi dilepaskan dalam rayuan pada tahun 2015. Sepanjang 10 tahun kelayakan, beliau tidak mendapat 75% undian yang diperlukan untuk dipilih ke Dewan Kemasyhuran Besbol Nasional. Beberapa pengundi daripada Persatuan Penulis Besbol Amerika (BBWAA) menyatakan mereka tidak mengundi Bonds kerana percaya beliau menggunakan bahan peningkat prestasi.