Pemadang kiri

Dalam sukan besbol, pemadang kiri, disingkatkan sebagai LF (bahasa Inggeris: left fielder), ialah seorang pemadang luar (outfielder) yang bertugas bertahan di kawasan lapangan kiri. Lapangan kiri ialah kawasan di luar lapangan yang terletak di sebelah kiri seseorang yang berdiri di home plate dan menghadap ke arah pemain pitcher. Dalam sistem penomboran yang digunakan untuk merekodkan permainan bertahan, pemadang kiri diberikan nombor tujuh.