Miami Marlins

Miami Marlins
Musim 2025 Miami Marlins
Ditubuhkan pada 1993
Fail:Marlins team logo.svgFail:Miami Marlins cap insignia.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan42 (Disarakan oleh MLB)
Warna
  • Hitam, biru Miami, merah Caliente, kelabu
                       
Nama
  • Miami Marlins (2012–kini)
  • Florida Marlins (1993–2011)
Gelaran lain
  • The Fish
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
  • 1997
  • 2003
NL Pennant (2)
  • 1997
  • 2003
East Kejuaraan Divisyen (0)None
Kemunculan Wild card (3)
  • 1997
  • 2003
  • 2020
Pejabat pengurusan
PemilikBruce Sherman
PengurusSkip Schumaker
Pengurus BesarKim Ng

Miami Marlins merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Miami. Pasukan ini bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Stadium bagi pasukan ini ialah LoanDepot Park.

Pasukan ini mula beraksi sebagai pasukan tambahan pada musim 1993 yang dikenali dengan nama Florida Marlins. Marlins pada asalnya beraksi di Joe Robbie Stadium, yang berkongsi dengan pasukan Miami Dolphins di saingan National Football League (NFL). Pada tahun 2012, pasukan ini berpindah ke LoanDepot Park (dulu dikenali sebagai Marlins Park), gelanggang eksklusif pertama pasukan ini dan stadium pertama yang diubah suai menjadi stadium besbol. Sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pemilik stadium, Miami-Dade County untuk penggunaan stadium, pasukan ini juga menukar nama kepada Miami Marlins sebelum musim 2012.

Marlins memiliki peratus kemenangan terendah (.460) dan penampilan di postseason yang paling rendah berbanding mana-mana pasukan MLB aktif yang lain. Walau bagaimanapun, Marlins pernah menjuarai Siri Dunia dalam dua kemunculan playoff sulung mereka iaitu pada tahun 1997 dan 2003. Kesemua penampilan playoff tersebut hasil daripada status sebagai pasukan wild card sekali gus menjadikan Marlins sebagai salah satu daripada dua pasukan MLB (bersama Colorado Rockies) yang tidak pernah memenangi gelaran divisyen serta hanya pasukan yang tidak pernah tampil dalam postseason berturut-turut. Marlins juga menjadi pasukan pertama yang menjuarai Siri Dunia sebagai pasukan wild card.