Barisan Ke-2 Belarusia
| Barisan Ke-2 Belarusia | |
|---|---|
Panji Barisan Ke-2 Belarusia | |
| Aktif | 24 Februari 1944 – 5 April 1944 24 April 1944 – 10 Jun 1945 |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Cawangan | Tentera Merah |
| Jenis | Kumpulan tentera darat |
| Pertempuran | Perang Dunia Kedua
|
Barisan Ke-2 Belarusia (Rusia: Второй Белорусский фронт, Vtoroi Belorusskiy front, juga disebut sebagai "Byelorusia") merupakan sebuah formasi utama dalam Tentera Soviet semasa Perang Dunia Kedua, dan setara dengan kumpulan tentera darat di Barat.
Ia ditubuhkan pada Februari 1944 ketika Soviet sedang menolak tentera Jerman kembali ke arah Belarusia. Kolonel Jeneral Pavel Kurochkin merupakan panglima pertamanya. Setelah digantung sementara pada April 1944, markasnya telah dibentuk semula daripada markas ketumbukan Tentera Darat Ke-10 yang dibubarkan. Barisan ini mengambil bahagian dalam penawanan Berlin, ibu kota Jerman Nazi.