Bandar peranginan
Bandar peranginan, atau destinasi peranginan ialah kawasan bandar di mana pelancongan atau aktiviti percutian adalah komponen utama budaya dan ekonomi tempatan. Sebuah bandar peranginan tipikal mempunyai satu atau lebih pusat peranginan di kawasan sekitar. Secara amnya, pelancongan adalah eksport utama dalam ekonomi bandar peranginan, dengan kebanyakan penduduk kawasan itu bekerja dalam industri pelancongan atau resort. Kedai-kedai dan butik-butik mewah yang menjual cenderamata bertema tempatan, motel dan restoran unik tertumpu dii kawasan pusat bandar bandar peranginan.
Antara bandar peranginan yang terkenal di Malaysia adalah Batu Ferringhi, Port Dickson, Genting Highlands, Cameron Highlands dan Kundasang.
Antara yang terkenal di Asia adalah :-
- India: Kepulauan Andaman dan Nicobar (அந்தமான் நிக்கோபார் தீவுகள்), Ooty (உதகமண்டலம்), Bandar Pondicherry (புதுச்சேரி ), Darjeeling (दार्जिलिंग)
- Iran : Sareyn ( سرعين), Namakab Rud (شهرك نمکابرود)
- Indonesia : Nusa Dua dan Mandalika di Bali.
- Jepun : Karuizawa (軽井沢町), Hakone (箱根町), Atami(熱海市).
- Korea Selatan : Bandar Jeju (제주시)
- Singapura : Pulau Sentosa
- Thailand : Pattaya,Phuket, Ko Samui