Balapan dan padang

Balapan dan padang
بالڤن دان ڤادڠ
Bahagian stadium balapan dan padang
Ciri-ciri
Ahli pasukanYa
Jantina bercampurYa
JenisSukan
Kemunculan
Sukan OlimpikYa

Balapan dan padang merupakan suatu sukan yang menggabungkan pelbagai sayembara olahraga berdasarkan pada kemahiran berlari, melompat dan melontar. Nama tersebut diambil daripada tempat yang digunakan dalam sukan itu iaitu balapan larian dan padang rumput. Balapan dan padang dikategorikan di bawah payung sukan olahraga, yang juga termasuklah larian atas jalan, merentas desa dan lumba jalan kaki.