Berlari merentas desa

Berlari merentas desa
Pertandingan merentas desa lelaki dengan kumpulan pendahulu yang besar di Minnesota, Amerika Syarikat.
Badan induk tertinggiIAAF
Kemunculan
Sukan Olimpik1912–1924
Kejohanan dunia1973–

Berlari merentas desa (Tulisan Jawi: برلاري مرنتس ديسا) atau merentas kampung ialah suatu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semula jadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4-12 kilometer, mungkin termasuk permukaan melibatkan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Rentas desa ialah sukan individu dan berpasukan; pelari dinilai berdasarkan masa individu dan markah pemberian untuk pasukan. Kedua-dua lelaki dan wanita peringkat semua umur bertanding dalam merentas desa dalam suasana alam yang pelbagai termasuk hujan, panas terik mahupun salji. Biasanya, sukan ini dianjurkan oleh pihak sukan sebuah sekolah ataupun pihak-pihak lain yang berafliasi.