Bakwan

Bakwan
Bakwan goreng
Nama alternatifCucur udang atau cucur bilis yang lebih banyak sayurannya.
JenisGorengan 
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Dicipta olehMasakan Cina-Indonesia, dan Sunda
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, Kubis, lobak merah, tauge, Daun bawang, bawang putih, bawang merah 
sunting · sunting di Wikidata

Bakwan (Cina tradisional: 肉丸Pe̍h-ōe-jī: bah-oân) merupakan snek gorengan yang terbuat daripada sayur-sayuran dan tepung gandum yang lazim ditemukan di Indonesia. yang biasa dijual oleh penjaja keliling. Bahannya terdiri daripada tauge, hirisan kubis atau hirisan lobak merah, dicampur dalam bater dan digoreng dalam minyak masak yang cukup banyak. Di Jawa Barat bakwan disebut bala-bala, di Jawa Tengah terutama Kabupaten Pati disebut pia-pia, di Kota dan Kabupaten Malang disebut weci, dan di Sidoarjo dan Surabaya disebut ote-ote. Bakwan hampir sama dengan masakan Jepun yasai tenpura (tempura sayur). Para peminat Bakwan Surabaya biasanya makan hidangan ini dengan nasi putih. Sos tomato dan sambal bakwan mengiringi Bakwan Surabaya yang dihidangkan panas dan biasanya dibubuh bawang goreng dan daun bawang.