Bakuman
| Bakuman | |
| Genre | Liku kehidupan, cinta, komedi |
|---|---|
| Manga | |
| Pengarang | Tsugumi Ohba |
| Ilustrasi | Takeshi Obata |
| Penerbit | Shueisha |
| Penerbit Lain | |
| Demografik | Shōnen |
| Pencetakan | Jump Comics |
| Majalah Asal | Shōnen Jump Mingguan |
| Majalah Lain | |
| Tarikh Pengeluaran | 11 Ogos 2008 – 23 April 2012 |
| Jilid | 20 |
| Siri televisyen anime | |
| Pengarah | Kenichi Kasai, Noriaki Akitaya |
| Skrip/Penulis | Reiko Yoshida |
| Studio | J.C.Staff |
| Penyiaran Asal | NHK |
| Tarikh tayangan | Musim luruh 2010 – Musim bunga 2011 |
| Episod | 25 |
Bakuman (バクマン。) ialah sebuah manga siri dikarang oleh Ohba Tsugumi dan diillustrasikan oleh Takeshi Obata, dimana mereka juga merupakan pengkarya bagi manga Death Note. Ia telah bersiri dalam majalah manga shōnen Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari Ogos 2008 hingga April 2012, dengan 176 babnya dikumpulkan ke dalam 20 jilid tankōbon. Siri ini mengisahkan pelukis berbakat Moritaka Mashiro dan penulis bercita-cita tinggi Takagi Akito, dua remaja sekolah yang ingin menjadi mangaka. Bakuman terbentuk daripada dua kata iaitu "letupan" 爆発 (Bakuhatsu) dan "komik" 漫画 (Manga). Separuh daripada kata-kata tersebut diambil dan membentuk pormanteau "Baku-man". Siri ini mengisahkan pelukis berbakat Moritaka Mashiro dan penulis bercita-cita tinggi Takagi Akito, dua remaja sekolah yang ingin menjadi mangaka.
Ia adalah manga pertama yang dikeluarkan dalam talian oleh Shueisha dalam pelbagai bahasa sebelum boleh didapati dalam cetakan di luar Jepun. Pada tahun 2009, Viz Media melesenkan manga untuk keluaran Inggeris di Amerika Utara. Selain mengeluarkan siri ini dalam jumlah terkumpul, mereka juga mengeluarkannya dalam antologi manga dalam talian Weekly Shonen Jump Alpha mereka. Adaptasi televisyen anime 75 episod bagi siri ini oleh J.C.Staff telah disiarkan selama tiga musim di NHK Educational TV dari Oktober 2010 hingga Mac 2013. Adaptasi filem aksi langsung telah dikeluarkan pada Oktober 2015.
Bakuman mengungguli Kono Manga ga Sugoi! senarai untuk pembaca lelaki pada tahun 2010, ialah siri manga ketujuh terlaris pada tahun 2011 dan kesepuluh terbaik pada tahun 2012, serta mempunyai lebih 15 juta jilid dalam edaran.