Sati (amalan)

Sati (Devanagari: सती, feminin perkataan sat "benar", ialah amalan pengebumian sosial dalam kalangan beberapa masyarakat India. Dalam majlis ini, seorang balu akan membakar dirinya di dalam pancaka suami. Amalan ini diharamkan beberapa kali dan pengharaman hari ini bermula dalam zaman British, pada tahun 1829. Teks-teks Hindu mencegah amalan ini dalam Kali yuga, zaman masa kini.