Bahasa Italo-Celtik
| Italo-Celtik | |
|---|---|
| (dicadangkan) | |
| Klasifikasi bahasa: | Indo-Eropah
|
| Bahasa-proto: | Italo-Celtik Purba |
| Pembahagian: | |
| Glottolog: | tiada |
| Klad-klad filogenetik Indo-Eropah hipotetikal |
|---|
| Balkan |
|
| Lain-lain |
|
Dalam linguistik sejarawi, Italo-Celtik ialah satu kumpulan bahasa yang diandaikan pernah wujud. Ia menghimpunkan cabang bahasa Italik dan Celtik daripada rumpun bahasa Indo-Eropah berdasarkan persamaan ciri-ciri kedua-dua cabang ini yang tidak ditemui dalam mana-mana cabang lain. Terdapat kontroversi mengenai punca persamaan ini. Persamaan ini biasanya dianggap sebagai inovasi, mungkin muncul selepas bahasa Indo-Eropah berpecah. Mungkin sesetengahnya juga bukanlah inovasi, tetapi ciri-ciri bahasa Indo-Eropah asli yang telah hilang dalam semua kumpulan bahasa lain. Yang disepakati umum ialah ciri-ciri yang sama ini boleh dianggap sebagai Italo-Celtik, kerana ia sah dikongsikan oleh kedua-dua keluarga bahasa itu dan agak pasti bukan satu kebetulan.