Bahasa Yunani Aeolia

Bahasa Yunani Aiolis
Dialek Aiolis
Dialek Aiolis
Dialek Lesbos
Αἰολικός
KawasanAiolis, Boeotia, Lesbos, Thessalia
Eras. 800–300 SM
Indo-Eropah
  • Hellenik
    • Yunani Kuno
      • Tengah
        • Bahasa Yunani Aiolis
Bentuk awal
Dialek/loghat
  • Boeotia
  • Thessaly
  • Lesbos
Abjad Yunani (bentuk unsial dan kursif)
Abjad Yunani Arkaik Timur (sehingga abad ke-4 SM)
Kod bahasa
ISO 639-3
grc-aeo
Glottologaeol1234
Taburan dialek Yunani pada zaman klasik.

Kumpulan Barat:
  •   Dorik betul
  •   Dorik Barat Laut
  •   Dorik Akhaia (mungkin Dorik Barat Laut)

Kumpulan Tengah:

Kumpulan Timur:

Dalam linguistik, bahasa Yunani Aiolis ialah sekumpulan dialek Yunani Kuno yang dituturkan kebanyakannya di Boeotia; di Thessalia; di pulau Aegia bernama Lesbos; dan di koloni Yunani Aiolis di Anatolia dan pulau-pulau yang berjiran. Dialek ini mempunyai banyak perkataan arkaik yang masih dihidupkan berbanding pada dialek-dialek Yunani Kuno yang lain (yakni Arkadia dan Kypros (Cyprus), Attika, Ionia dan Doria), serta banyak inovasi.

Loghat ini dikenali ramai dari karya nukilan dua orang penyair rantau penuturnya yakni, Psappho dan Alkaios. Puisi Aiolis, yang merupakan contoh dalam karya Psappho, kebanyakannya menggunakan empat meter klasik yang dikenali sebagai Aeolik: Glykonik (bentuk paling asas dalam puisi Aeolia), rangkap sebelas suku, stanza Sapphik, dan stanza karya Alkaios (dua yang terakhir dinamakan sempena Sappho dan Alkaios).

Dalam dialog Protagoras catatan karya Plato, Prodikos melabelkan dialek Aeolia tuturan Pittakos sebagai bahasa "orang gasar", kerana perbezaannya daripada gaya sastera Attika: "Dia tidak tahu membezakan perkataan dengan betul, kerana dia dari Lesbos, dan dibesarkan dengan dialek gasar".