Psappho

Psappho (Bahasa Yunani Aiolis: Ψάπφω Psápphō, baku moden: Σαπφώ Sapphō [sap.pʰɔ̌ː]; s. 630 – s. 570 SM) adalah seorang penyajak Yunani Purba kelahiran pulau Lesbos terutamanya jenis sajak yang dilantunkan segandingan petikan sejenis alat bertali yakni lyra.

Karya-karyanya dipuji orang sezamannya bahkan ada pengulas yang mengibaratkannya seperti suatu "dewi seni". Beliau dicatatkan menulis sebanyak 8-9 buku sajak keseluruhannya berjumlah kira-kira 10,000 patah ayat, tetapi hanya kira-kira 650 patah yang masih terselamat ke hari ini termasuk serangkap sajak lengkap memuja dewi Aphrodite.

Sajak-sajaknya berbagai bentuk dari gita sampai lagu nyanyian majlis kahwin, tetapi beliau dikenali menulis menyentuh emosi diri serta rasa cinta dan asyik kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Rasa cinta kepada kaum wanita terutamanya melalui pendekatan pencerita dalam sajak dikarang ia menjadi asas kepada kata sifat lesbian merujuk kepada tempat tinggalnya. Tidak dapat disahihkan sekiranya sajak-sajak ini lahir dari pengalaman hidup Sappho sendiri, tetapi penulis-penulis yang secenderung lewat abad ke-19 hingga awal abad ke-20 seperti Amy Levy mula menerima Psappho sebagai tokoh contoh atau juga diibaratkan seakan "penaung" kelompok mereka.