Bahasa Punik

Bahasa Punik
Bahasa Fenisia-Punik, bahasa Kartaj
Salah satu batu bersurat Tripolitania Punik, dengan tulisan Latin (atas) dan Punik (bawah).
KawasanTunisia, pesisiran Algeria, Maghribi, selatan Iberia, kepulauan Baleari, Libya, Malta, barat Sicily, selatan dan timur Sardinia
EraAbad ke-8 SM hingga abad ke-6 Masihi
Bentuk awal
Abjad Phoenicia
Kod bahasa
ISO 639-3xpu
xpu
Glottologpuni1241

Bahasa Punik, juga dipanggil bahasa Phoenicia-Punik atau bahasa Kartaj, adalah sejenis bahasa Phoenicia yang telah pupus. Ia juga salah satu bahasa Kanaan daripada rumpun Semitik Barat Laut dalam rumpun Semitik. Ia satu cabang bahasa Phoenicia di pantai Asia Barat (Lubnan dan barat laut Syria moden) dan dahulu dituturkan di pesisir Mediterranean di Afrika Barat Laut, semenanjung Iberia dan beberapa pulau Mediterranean, seperti Malta, Sicily, dan Sardinia oleh orang Punik, atau orang Phoenicia barat, sepanjang zaman klasik dari abad ke-8 SM hingga abad ke-6 Masihi.