Bahasa Parsi Kuno
| Parsi Kuno | |
|---|---|
| π πΌπΉ Ariya | |
| Kawasan | Iran purba |
| Pupus | Moyang Parsi Pertengahan |
| Pepaku Parsi Kuno | |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-2 | peo |
| ISO 639-3 | peo |
| peo | |
| Glottolog | oldp1254 |
| Sejarah bahasa Parsi |
| Proto-Iran (ca. 1500 BCE)
Bahasa-bahasa Iran Tenggara |
| Parsi Kuno (c. 525 BCE - 300 BCE)
Tulisan pepaku Parsi Kuno |
| Parsi Tengah (sekitar 300 BCE-800 CE)
Tulisan Pahlavi β’ Tulisan Manichaean β’ Tulisan Avestan |
| Parsi moden (bermula 800)
Tulisan Perso-Arab |
Bahasa Parsi Kuno merupakan salah satu daripada dua bahasa-bahasa Iran Kuno yang terbukti kewujudannya (selain bahasa Avesta) dan merupakan nenek moyang kepada Bahasa Parsi Pertengahan (bahasa Empayar Sasan). Seperti bahasa-bahasa Iran Kuno lain, ia dikenali oleh penutur aslinya dengan kata adjektif ariya (Iran). Bahasa Parsi Kuno mempunyai persamaan dengan bahasa Avesta dan bahasa Rig Veda, bentuk paling tua bahasa Sanskrit. Ketiga-tiga bahasa ini mempunyai ciri pengimbuhan yang kompleks.
Bahasa Parsi Kuno terutamanya ditemui dalam inskripsi, inskripsi, loh tanah liat dan cap meterai dari zaman Hakhamaniyah (sekitar s.β600 SM hingga 300 SM). Contoh-contoh bahasa Parsi Kuno telah ditemui di kawasan yang kini merupakan Iran, Romania (Gherla), Armenia, Bahrain, Iraq, Turki dan Mesir, dengan rakaman terpenting ialah kandungan Inskripsi Behistun (ditarikhkan 522 SM).
Pada 2007, kajian terhadap Arkib Kubu Persepolis di Institut Oriental Universiti Chicago menemui loh-loh Parsi Kuno, yang mencadangkan bahasa Parsi Kuno merupakan bahasa bertulis yang digunakan untuk catatan yang praktikal dan bukan hanya untuk kegunaan diraja.