Loh tanah liat
Di Timur Dekat Kuno, loh tanah liat atau tablet lempung (Akkadia: ṭuppu(m) 𒁾) digunakan sebagai medium penulisan, terutamanya untuk tulisan pepaku, sepanjang Zaman Gangsa hingga ke Zaman Besi.
Aksara tulisan pepaku ditekankan pada loh tanah liat basah menggunakan stilus yang sering dibuat daripada buluh (kalam). Setelah ditulis, banyak loh dikeringkan di bawah matahari atau udara, menjadikannya rapuh. Loh tanah liat yang belum dibakar boleh direndam dalam air dan dikitar semula menjadi loh baru. Loh lain, sekali ditulis akan sengaja dibakar dalam relau panas atau tidak sengaja jika bangunan dijilat api dalam kebakaran atau konflik, menjadikannya keras dan tahan lama. Koleksi papan tanah liat begini membentuk arkib pertama dan asas kepada perpustakaan terawal. Puluhan ribu loh bertulis, termasuk banyak serpihan, telah ditemui di Timur Tengah.
Dokumen-dokumen loh yang masih wujud dari tamadun Minoa/Mycenae kebanyakannya digunakan untuk perakaunan. Loh berlabel dengan kesan bakul anyaman di belakang dan loh ringkasan tahunan menunjukkan sistem perakaunan yang maju. Di rantau budaya ini, loh tidak pernah sengaja dibakar kerana tanah liat dikitar semula setiap tahun. Namun, sesetengah loh "dibakar" akibat kebakaran tidak terkawal di bangunan tempat ia disimpan. Selebihnya kekal sebagai loh tanah liat tidak dibakar dan sangat rapuh. Beberapa institusi sedang mengkaji kemungkinan membakarnya sekarang untuk pemeliharaan.