Bahasa Melayu Malaysia

Bahasa Melayu Piawai
بهاس ملايو ڤياواي
Bahasa Melayu Piawai
بهاس ملايو ڤياواي
Bahasa Melayu Standard
بهاس ملايو ستندرد
Bahasa Malaysia
بهاس مليسيا
Bahasa Melayu
بهاس ملايو
Sebutan[ba.ˈha.sə mə.la.ju pi.ja.waɪ]
Asli kepadaMalaysia, Singapura dan Brunei
Penutur bahasa
B1: Sedikit
B2: Merangkumi keseluruhan penduduk Malaysia. Bentuk baku bahasa Melayu Malaysia (zsm) ini digunakan secara diglosia dengan bahasa Melayu tempatan (zlm).
Austronesia
Bentuk awal
Tulisan Rumi (rasmi) dan Tulisan Jawi (separa rasmi)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Malaysia
 Singapura
 Brunei
Dikawal selia olehDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Kod bahasa
ISO 639-3zsm
Glottologstan1306

Bahasa Melayu Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu Piawai atau secara ringkasnya disebut sebagai Bahasa Melayu sahaja ialah bentuk piawaian bahasa Melayu di Malaysia sebagai bahasa rasmi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Bahasa ini digunakan secara rasmi seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu". Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.

Bahasa Melayu Malaysia mempunyai lebih daripada 65-75% perbendaharaan katanya berkognat dengan perbendaharaan kata daripada Bahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 20-25 juta orang di Malaysia sebagai bahasa sehari-hari dan lingua franca.