Bahasa-bahasa Hmong-Mien

Hmong–Mien
Miao–Yao
Yangtze
Taburan
geografi:
China, Asia Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu keluarga-keluarga bahasa utama dunia
Bahasa-proto:Proto-Hmong–Mien
Pembahagian:
  • Hmong (Miao)
  • Mien (Yao)
ISO 639-5:hmx
Glottolog:hmon1336
Taburan bahasa-bahasa Hmong-Mien

Bahasa-bahasa Hmong–Mien (juga dikenali sebagai Miao–Yao dan jarang-jarang sebagai Yangtze) ialah keluarga bahasa bernada di selatan China dan utara Asia Tenggara. Ia dituturkan di kawasan pergunungan di selatan China, termasuk wilayah Guizhou, Hunan, Yunnan, Sichuan, Guangxi dan Hubei; penutur bahasa ini kebanyakannya ialah "orang bukit", berbeza dengan orang Cina Han berjiran yang telah menetap di lembah sungai yang lebih subur.