Badrul Hisham Abdul Aziz
Datuk Badrul Hisham bin Abdul Aziz (1959 – 17 Februari 2012) ialah ahli politik dan wartawan Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Hulu Langat selama 2 penggal (1995-2004). Selepas menamatkan perkhidmatan selama dua penggal sebagai ahli Dewan Rakyat, Badrul bersara dari politik selepas parlimen dibubarkan pada tahun 2004 dan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 kembali menyertai dunia kewartawanan bersama portal berita Agenda Daily sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Hulu Langat | |
| Dalam jawatan 1995–2004 | |
| Didahului oleh | Lee Kim Sai |
| Digantikan oleh | Markiman Kobiran |
| Majoriti | 3,866 (PRU-10) 30,812 (PRU-9) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1959 |
| Meninggal dunia | 17 Februari 2012 (53 tahun) Hospital Serdang, Subang Jaya |
| Tempat semadi | Bandar Baru Bangi, Kajang |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
| Bidang pengkhususan | Wartawan |