Tenuk

Tenuk
Julat zaman: Eosen Awal–Holosen
seekor tenuk Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Tapiroidea
Keluarga:
Tapiridae

Gray, 1821
Genus:
Tapirus

Brünnich, 1772
Spesies

Tapirus bairdii
Tapirus kabomani
Tapirus indicus
Tapirus pinchaque
Tapirus terrestris
Tapirus mazimmus

Tenuk, senuk, cipan, kipan, badak tampung, badak murai, badak tenuk, badak babi atau kuda air merupakan sejenis haiwan mamalia herbivor dalam genus Tapirus keluarga Tapiridae. Haiwan ini berbadan katik seperti babi dan mempunyai muncung yang panjang. Terdapat empat jenis tenuk yang masih wujud dan hidup di kawasan-kawasan hutan Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Tenggara; hanya spesies Tapirus indicus yang ditemukan di Asia Tenggara.