Tenuk Malaysia
| Tenuk Malaysia | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | T. indicus
|
| Nama binomial | |
| Tapirus indicus (Desmarest, 1819)
| |
| Subspesies | |
| |
| Taburan Tenuk Malaysia | |
Tenuk Malaysia, tenuk Malaya, tenuk Asia, cipan atau badan cipan (nama saintifik: Tapirus indicus) ialah satu-satunya spesies tenuk yang ditemukan di Asia, iaitu di sepanjang sempadan barat Thailand-Myanmar (latitud selatan pada titik 18° U) sehingga ke selatan Semenanjung Malaysia, serta bahagian selatan dan tengah pulau Sumatera di Indonesia.
Tenuk Malaysia hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil dan habitat asalnya sudah pupus akibat perburuan manusia dan pembangunan yang menyebabkan penyerpihan habitat mendedahkan kepada kemalangan jalan raya dan jerat samar. Sekitar 92 ekor tenuk Malaya menjadi mangsa kemalangan jalan raya dari tahun 2015 hingga 2020.
Ia disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) sejak tahun 2008, populasinya dianggarkan terdiri daripada kurang 2,500 ekor individu dewasa. Ia spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang Malaysia dan Indonesia.