Tenuk Brazil
| Tenuk Brazil | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | T. terrestris
|
| Nama binomial | |
| Tapirus terrestris (Linnaeus, 1758)
| |
| Taburan Tenuk Brazil (hijau - masih wujud, hitam - dahulu) | |
Tenuk Brazil atau tenuk Amerika Selatan (nama saintifik: Tapirus terrestris) merupakan salah satu daripada empat spesies dalam keluarga tenuk, bersama-sama dengan tenuk gunung, tenuk Malaysia, dan tenuk Baird. Tenuk Brazil merupakan mamalia darat kedua terbesar di Amerika Selatan selepas tenuk Baird, dan ia juga haiwan darat terbesar di hutan hujan Amazon.
Spesies tenuk ini juga termasuk sejenis tapir yang pernah diberi nama Tapirus kabomani atau tenuk hitam kecil yang merupakan tenuk terkecil dijumpai di hutan hujan Amazon. Penemuan tenuk ini diumumkan pada Disember 2013 sebagai ungulat berjari ganjil pertama dijumpai dalam lebih 100 tahun. Walau bagaimanapun, T. kabomani tidak diiktiraf sebagai spesies tersendiri oleh Tapir Specialist Group dan bukti genetik terbaru menunjukkan bahawa ia jenis dalam tenuk Brazil (T. terrestris).