Bacang

Bacang
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Mangifera
Spesies:
M. foetida
Nama binomial
Mangifera foetida
Lour.

Bacang (Jawi: باچڠ), macang atau embacang (nama botani: Mangifera foetida) ialah sejenis spesies pokok buah daripada genus Mangifera dalam keluarga mangga iaitu Anacardiaceae yang terdapat di Asia Tenggara.

Buah bacang seperti juga buah kuini iaitu mempunyai beberapa persamaan terutama dari segi bentuk, rasa, aroma dan struktur isinya. Antara perbezaan jelas ialah kandungan serat dalam bacang lebih keras berbanding dengan kuini. Ia merupakan buah yang eksotik ditanam di kawasan kampung secara dusun bercampur dengan pokok buah-buahan lain seperti durian, langsat, duku, kelapa, mangga, rambai dan sebagainya.