Kuini

Kuini

Kekurangan data  (IUCN 2.3)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Mangifera
Spesies:
M. odorata
Nama binomial
Mangifera odorata
Griff.

Kuini, nama saintifik Mangifera odorata ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae dan menyerupai mangga. Kuini terdapat di Guam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Kuini atau Mangifera odorata berasal dari Asia tropika, khususnya Malaysia Barat. Buah ini berwarna oren terang dan apabila masak manis berair. Pokok ini mempunyai ciri yang berbeza, iaitu mengeluarkan bau resin wangi. Pokok kuini berbunga sepanjang tahun dan bunganya juga amat harum. Getah pada buah Kuini yang belum masak adalah beracun

Kuini (Mangifera odorata) yang biasa ditemui di hutan Malaysia Timur (Borneo) mempunyai bentuk sfera, hampir bulat, hijau gelap dan hijau apabila masak. Ia mempunyai bau yang kuat yang boleh dikesan dari jauh.

Kuini sewarisan beberapa nama setempat Nusantara:

  • kaweni, kawini,' (Sd.);
  • kaweni, kuweni, kweni (Jw.);
  • kabeni, beni, bine, pao kabine (Mdr.); pao kaeni (P. Sapudi); kuwini (Bjr.);
  • weni (Bl.);
  • kuini, guin, koini, kowini, koine (aneka sebutan di Maluku)

Nama-nama setempat lain diberikan adalah asam membacang, macang (Mly.); kambacang, embacang, lakuik (Mink.); kebembem (Btw.); bembem (Sd.); paok perawe (Sas.); dan guawe stinki, sitingki, hitingki (aneka sebutan di Maluku).