BDSM
Akronim BDSM | |
| Aspek | |
|---|---|
| B&D, B/D atau BD | Belenggu dan disiplin |
| D&s, D/s atau Ds | Dominans dan penyerahan |
| S&M, S/M atau SM | Sadisme dan masokisme |
| Peranan | |
| Top/dominan | Pasangan yang melakukan atau mengawal aktiviti |
| Bottom/submisif | Pasangan yang menerima atau dikawal |
| Suis | Bertukar antara peranan |
BDSM adalah pelbagai amalan atau pelakuan peranan yang selalunya erotik, ia melibatkan belenggu (bondage), disiplin (discipline), dominans (dominance) dan penyerahan (submission), sadomasokisme (sadomasochism), serta dinamik antara perseorangan lain yang berkaitan. Memandangkan luasnya skop amalan ini, sebahagian daripadanya boleh dilakukan oleh individu yang tidak menganggap diri mereka mengamalkan BDSM, kemasukan ke dalam komuniti atau subbudaya BDSM selalunya dikatakan bergantung kepada pengenalpastian diri dan pengalaman bersama.
Akronim BDSM pertama kali dicatat dalam catatan Usenet dari tahun 1991 dan ditafsirkan sebagai gabungan singkatan B/D (bondage and discipline), D/S (dominance and submission) dan S/M (sadism and masochism). BDSM digunakan sebagai frasa menyeluruh yang merangkumi pelbagai aktiviti, bentuk hubungan antara perseorangan dan subbudaya yang berbeza. Komuniti BDSM secara amnya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan bukan normatif dan mengidentifikasikan diri dengan komuniti tersebut, ini adalah termasuk pemakai silang (cross-dressers), peminat pengubahsuaian badan, pemain peranan haiwan, fetisyis getah dan lain-lain.
Aktiviti dan hubungan dalam BDSM biasanya dicirikan oleh pengambilan peranan pelengkap oleh peserta yang melibatkan ketaksamaan kuasa; oleh itu, gagasan persetujuan termaklum daripada kedua-dua pasangan adalah penting. Istilah submisif (submissive) dan dominan (dominant) biasanya digunakan untuk membezakan peranan ini: pasangan dominan (dom) mengambil kawalan psikologi ke atas pasangan submisif (sub). Istilah atas dan bawah (top and bottom) juga digunakan, top adalah pencetus sesuatu tindakan, manakala bottom adalah penerima tindakan tersebut. Kedua-dua set istilah ini berbeza secara halus. Seseorang boleh memilih untuk bertindak sebagai bottom kepada orang lain contohnya dengan disebat semata-mata untuk rekreasi tanpa sebarang implikasi dikuasai secara psikologi dan pasangan submisif diarahkan untuk mengurut pasangan dominan mereka. Walaupun bottom melakukan tindakan dan top menerimanya, mereka tidak semestinya bertukar peranan.
Singkatan sub dan dom sering digunakan sebagai ganti kepada submisif dan dominan. Kadangkala istilah khusus wanita seperti mistress, domme, dan dominatriks digunakan untuk menggambarkan wanita dominan, berbanding dengan istilah dom yang neutral jantina. Individu yang bertukar antara peranan top/dominan dan bottom/submisif sama ada dari satu hubungan ke hubungan lain atau dalam sesebuah hubungan tertentu dipanggil suis (switch). Definisi tepat peranan dan pengenalpastian diri adalah topik perdebatan yang umum di kalangan peserta BDSM.