Usenet
Usenet ialah sebuah sistem perbincangan maya di Internet. Ia merupakan satu daripada sistem komunikasi rangkaian komputer yang tertua di dunia dan masih digunakan dengan meluas pada hari ini.
Kiriman-kiriman dalam Usenet dikelompokkan dalam kategori-kategori individu yang dikenali sebagai kumpulan berita. Kumpulan berita disusun mengikut hierarki. Terdapat 8 hierarki teratas yang paling popular, iaitu:
- comp
- Perbincangan mengenai komputer.
- news
- Perbincangan mengenai Usenet.
- sci
- Perbincangan mengenai sains.
- rec
- Perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi seperti permainan dan hobi.
- soc
- Perbincangan mengenai sosial.
- talk
- Perdebatan mengenai agama, politik dan sebagainya.
- misc
- Perbincangan umum yang tidak termasuk dalam hierarki-hierarki lain.