Fetisyisme getah dan PVC

Fetisyisme getah (Jawi: فيتيشيسمى ݢته‎‎) atau fetisyisme lateks (Jawi: فيتيشيسمى لاتيک س‎) adalah daya tarikan fetisy terhadap orang yang memakai pakaian lateks atau, dalam sesetengah kes, terhadap pakaian itu sendiri. Fetisyisme PVC (Jawi: فيتيشيسمى ڤي.ۏي.سي‎) berkait rapat dengan fetisyisme getah, dengan yang pertama merujuk kepada pakaian berkilat yang diperbuat daripada polivinil klorida (PVC), sejenis plastik sintetik, manakala yang kedua merujuk kepada pakaian yang diperbuat daripada getah, yang biasanya lebih tebal, kurang berkilat, dan lebih pusam berbanding lateks. PVC kadangkala disalahanggap sebagai kulit paten yang juga berkilat, yang juga menjadi bahan fetisy. Pefetisy lateks atau getah sesetengahnya merujuk diri mereka sebagai rubberist (har. ahli getah – har. orang getah). Bagi lelaki yang terlibat, mereka cenderung memanggil diri sebagai rubbermen (har. lelaki getah).

Istilah "PVC", "vinil" dan "PU" biasanya digunakan secara saling bertukar oleh peruncit untuk pakaian (pakaian PVC sebagai sejenis pakaian plastik) yang diperbuat daripada fabrik bersalut plastik berkilat. Fabrik ini biasanya terdiri daripada lapisan asas yang ditenun menggunakan gentian poliester dengan lapisan permukaan berupa plastik berkilat. Lapisan plastik itu sendiri biasanya merupakan campuran PVC dan poliuretana (PU), di mana fabrik yang 100% PVC menghasilkan tekstur yang keras dengan kilauan berkilat, manakala fabrik yang 100% PU menghasilkan tekstur yang elastik dengan kilauan seperti sutera. Label pengilang mungkin menunjukkan, sebagai contoh, 67% poliester, 33% poliuretana bagi fabrik yang tidak mengandungi PVC; atau 80% polivinil klorida, 20% poliuretana tanpa menyebut lapisan asas poliester. Lapisan plastik itu sering kali berbentuk tekstur menyerupai kulit (kelihatan kulit — kulit tiruan), berbanding licin (kelihatan basah — paten).